Salam sejahtera kepada pembaca blog saye. Hehe. Rase cam da lame tak pos sumtin kat blog ni. Bila da ade cerita menarik ni, rasenak pos la jugak. Apa yang korang tau pasal hutang?...mesti bila fike pasal hutang, korang fike kene selesaikan cepat-cepatkan?...yela, kita orang ISLAM,tak elok bawa hutang sampai ke mati. Tak tenang roh kita nanti. Tapi, bagi orang bukan ISLAM, apa yang diorang fike, diorang fike hutang ni best, dapat pinjam wet banyak-banyak ntuk dibelanjakan. Lagi-lagi belanja untuk memusnahkan atau mengkacaubilaukan orang lain. Agak-agak sape yang aku point?...korang mesti dapat teke. Betul. United State of America. Korang nk tau berapa hutang terkini dyorang?...sila klik link ni, n tengok dari atas ke bawah, slow-slow, cube amati elok-elok. Pastu, bayangkan betapa banyaknya hutang dyorang. Tapi, apa yang paling penting yang korang perlu fike?...adakah dyorang akan bayar atau tak hutang yang dah melambak tu. Ada orang cerita, bila kerajaan dyorang release pada rakyat tentang betapa banyaknye jumlah hutang dyorang, dengan selamba rakyat dyorang cakap, 'jangan bayar hutang-hutang tu'. Sebab ape?..sebab kerajaan akan guna duit rakyat juga ntuk bayar hutang2 tu. Pehhh, tengokla pemikiran orang yang tak berpendidikan ISLAM. Tau buat hutang, pasal bayar hutang dyorang akan cari helah. Korang pernah dengar tak yang dulu ada ura-ura US ni sengaja cari pasal ngan China. Sebab ape? sebab hutang tu la. Dyorang paling banyak berhutang ngan China. Untuk pengetahuan korang, China merupakan satu daripada lima negara yang tak ada hutang langsung dengan sape-sape. Huh, cool. Malaysia?...negara kita di tangga ke 43 dengan hutang sebanyak 72.6 billion, banyak sket daripada singapore di tangga ke 69, tapi menang berbanding indonesia di tangga ke 30. Nak tau apa yang paling memeranjatkan? Tak ada satupun negara ISLAM yang tak ada hutang. Huhh. Tak taula nape. Kawan-kawan, kalau boleh elak berhutang, elaklah berhutang melainkan betul-betul terpaksa. Siksa berhutang ni. Hidup tak tenteram memikirkan hutang sokmo. Ni link untuk senarai hutang negara-negara di dunia yang fana ini.
Gambar hari ini...






Faham tak gambar yang last ni. Cube korang peratikan, si bapak pakai baju jalur menegak, mak jalur melintang, dapat kat anak jadi petak. Sebab ape? ni rumusnya: melintang+menegak=petak...hoho
Plain White T's - 1, 2, 3, 4
Lagu yang Syasya dedicate untuk aku, eh emm...sebab laki yang nyanyi, so aku nak dedicate ntuk dia...hoho
Yang ni pulak versi subtitle
Virtual grocery at train station in Korea
Menurut Home Plus atau lebih dikenali sebagai Tesco, Korea merupakan negara kedua yang mempunyai rakyat yang workaholic. So, bagi diorang, membeli-belah di pasaraya merupakan samtin yang sangat kritikal. Home Plus come up dengan idea virtual grocery di mana Home Plus akan letakkan gambar-gambar barang grocery di ruang yang biasanya untuk iklan kat stesen train. Sambil-sambil penumpang tunggu train, diorang bole order apa-apa barang keperluan rumah kat papan iklan tersebut yang dah dilengkapi dengan bar kod. Caranya ialah dengan pembeli ambil gambar barang-barang yang dikehendaki, kemudian pembayaran dibuat secara online. Bile pembayaran dah dibuat, barang-barang akan dihantar terus ke depan pintu umah. Wow, senang betul. Tapi harganya mesti mahal dari yang biasa.
1930 Art Deco Henderson
Moto ni serius cool. Lagi-lagi lau bini dok kat belakang...hoho. Tapi nampak macam untuk sorang je. Takpe-takpe, le adjust..
Tempat yang teruja untuk dilawati
Baru-baru ni aku ada jumpa tempat yang menakjubkan untuk dilawati. Bila tengok gambar-gambar tu, fuhhh...aku sujud syukur lau dapat pergi tempat-tempat camtu. Cantiknya masyaAllah.





































