Menurut Home Plus atau lebih dikenali sebagai Tesco, Korea merupakan negara kedua yang mempunyai rakyat yang workaholic. So, bagi diorang, membeli-belah di pasaraya merupakan samtin yang sangat kritikal. Home Plus come up dengan idea virtual grocery di mana Home Plus akan letakkan gambar-gambar barang grocery di ruang yang biasanya untuk iklan kat stesen train. Sambil-sambil penumpang tunggu train, diorang bole order apa-apa barang keperluan rumah kat papan iklan tersebut yang dah dilengkapi dengan bar kod. Caranya ialah dengan pembeli ambil gambar barang-barang yang dikehendaki, kemudian pembayaran dibuat secara online. Bile pembayaran dah dibuat, barang-barang akan dihantar terus ke depan pintu umah. Wow, senang betul. Tapi harganya mesti mahal dari yang biasa.
Virtual grocery at train station in Korea

Bunga burung kakak tua
Dalam banyak-banyak jenis bunga yang ada dalam dunia ni, terdapat beberapa spesis yang betul-betul rare n protected. Macam bunga burung kakak tua ni. Bunga ni hanya terdapat di Thailand dan dilindungi di bawah akta pemeliharaan tumbuh-tumbuhan Thailand...hehe, tak taula betul ke tak akta tu. Tapi ia memang protected spesis.
Jenaka tentang 'Social Networkers'
Saya tak ada kene mengena ngan sume ni...saya tak terlibat. Korang sume mesti terlibat kecuali Syasya...hoho
Siapa manusia yang paling tinggi?
Berapa tinggi kamu?...tinggi aku lebih kurang 162 cm dan member aku yang paling tinggi dalam kalangan member-memberku mungkin cecah 175 cm. Cuba bandingkan dengan ketinggian manusia yang paling tinggi yang pernah direkodkan dalam dunia perubatan.
First sekali, Robert Pershing Wadlow (22 Februari 1918 - 15 Julai 1940). Beliau merupakan orang lelaki yang paling tinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah perubatan. Dahulunya beliau dikenali sebagai "Alton Giant" kerana beliau berasal dari Alton, Illinois. Ketinggian Wadlow mencecah 8 kaki 11.1 inci (272 cm) sebelum kematiannya pada umur 22 tahun. Di bawah ni adalah gambar Wadlow. Cuba bayangkan tinggi korang cume macam orang yang berdiri kat sebelah ye tu, pinggang dia pun korang xlepas...hoho...=S
Jika dua orang di atas ialah mereka yang dah tak ada lagi, berikut pulak merupakan rekod orang yang masih hidup agi sampai sekarang. Pertama ialah Sultan Kosen dari Turki. Guinness World Records (Guinness Book of Records) mengesahkan tinggi terakhir Sultan Kosen yang diukur pada Februari 2011 ialah 8 kaki 3 inci (251.4 cm). Namun, ketinggiannya masih belum boleh mengalahkan Wadlow.
Bahagian wanita pulak disandang oleh Yao Defen yang berketinggian 7 kaki 8 inci (233.7 cm). Beliau mempunyai berat 200 kg (440 lbs) dan saiz kaki 57 (EU) (sekitar 20 US). Dikatakan tumbesaran beliau adalah disebabkan oleh tumor di kelenjar pituitarinya.
Hmm, nampaknya cina lagi yang menang. Bahagian perempuan dari dulu sampai sekarang perempuan cina yang sandang. Ke perempuan cina memang tinggi-tinggi belaka?...Lagi satu, korang perasan x, kebanyakan orang-orang yang tingginya melebihi tinggi normal biasanya akan mengalami implikasi kesan dari over height. Tapi nak buat macam mane aek, dah diciptakan camtu. Dapat hidup pun kira bersyukur jela...hmm...=S

























