RSS
Powered By Blogger

Siapa manusia yang paling tinggi?

Berapa tinggi kamu?...tinggi aku lebih kurang 162 cm dan member aku yang paling tinggi dalam kalangan member-memberku mungkin cecah 175 cm. Cuba bandingkan dengan ketinggian manusia yang paling tinggi yang pernah direkodkan dalam dunia perubatan.

First sekali, Robert Pershing Wadlow (22 Februari 1918 - 15 Julai 1940). Beliau merupakan orang lelaki yang paling tinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah perubatan. Dahulunya beliau dikenali sebagai "Alton Giant" kerana beliau berasal dari Alton, Illinois. Ketinggian Wadlow mencecah 8 kaki 11.1 inci (272 cm) sebelum kematiannya pada umur 22 tahun. Di bawah ni adalah gambar Wadlow. Cuba bayangkan tinggi korang cume macam orang yang berdiri kat sebelah ye tu, pinggang dia pun korang xlepas...hoho...=S


 

Keduanya ialah wanita yang paling tinggi. Zeng Jinlian (26 Jun 1964 - 13 Februari 1982) merupakan wanita tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah perubatan. Tinggi beliau dikatakan mencecah lapan kaki atau lebih. Pada masa kematiannya pada usia 17 tahun, tingginya ialah 8 kaki 1.75 inci (248.3 cm). Bagaimanapun, pada saat-saat akhir umurnya, beliau tidak dapat berdiri tegak kerana tulang belakang mengalami kecacatan teruk.


Jika dua orang di atas ialah mereka yang dah tak ada lagi, berikut pulak merupakan rekod orang yang masih hidup agi sampai sekarang. Pertama ialah Sultan Kosen dari Turki. Guinness World Records (Guinness Book of Records) mengesahkan tinggi terakhir Sultan Kosen yang diukur pada Februari 2011 ialah 8 kaki 3 inci (251.4 cm). Namun, ketinggiannya masih belum boleh mengalahkan Wadlow.


Bahagian wanita pulak disandang oleh Yao Defen yang berketinggian 7 kaki 8 inci (233.7 cm). Beliau mempunyai berat 200 kg (440 lbs) dan saiz kaki 57 (EU) (sekitar 20 US). Dikatakan tumbesaran beliau adalah disebabkan oleh tumor di kelenjar pituitarinya.


Hmm, nampaknya cina lagi yang menang. Bahagian perempuan dari dulu sampai sekarang perempuan cina yang sandang. Ke perempuan cina memang tinggi-tinggi belaka?...Lagi satu, korang perasan x, kebanyakan orang-orang yang tingginya melebihi tinggi normal biasanya akan mengalami implikasi kesan dari over height. Tapi nak buat macam mane aek, dah diciptakan camtu. Dapat hidup pun kira bersyukur jela...hmm...=S

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: