Makanan apa yang paling mahal yang korang pernah makan? starbucks? baskin robbins? ke tutti frutti? ...hoho. Semua ni aku tak pernah makan memandangkan takda keperluan pun untuk makan benda-benda camtu. Tapi korang nak tau apa makanan yang paling mahal di dunia setakat ni? Aku ada jumpa. Tapi yang aku takkan makan benda-benda ni sume. Baik aku suruh syasya masak lagi best...hoho
First sekali ialah Saffron. Ia merupakan satu rempah yang semakin banyak akan digunakan di seluruh dunia. Berasal dari bunga Safron yang berwarna kuning kemerahan. Harganya kira-kira AS $ 500/paun hingga AS $ 5,000 / paun (RM3500 - RM35,000 sekilogram). fuhh!

Yang kedua ialah Kacang Macadamia. Satu kilogram kacang ini lebih kurang RM100.

Yang ketiga ialah Kaviar Iran. Kaviar ialah makanan yang dibuat daripada telur ikan tertentu. Kaviar Iran ni mahal sebab gune Beluga Sturgeon. Beluga sturgeon ni pulak ialah telur ikan yang hanya terdapat di Laut Caspian. Harganya dari $ 5,000 (RM16,000) setiap kilogram di Amerika Syarikat.

Yang keempat ialah White Truffle. Ini ialah cendawan yang dijual pada harga RM6,500 - RM13,000 sekilogram.

Yang kelima ialah kentang La Bonnotte, Perancis. Harga satu kilogram boleh mencapai RM16,000 sebab jenis kentang ni hampir pupus.

Yang keenam ialah daging lembu jenis Wagyu dari Jepun. 200 gram filletnye berharga RM300.

Yang ketujuh ialah sandwic club dari Essen alias von Essen Platinum Club Sandwich. Berharga RM600 setiap satu. Ni paling tercekik kalau makan.

Yang kelapan ialah Pizza paling mahal di dunia bernilai RM36,00 boleh dirasai di Itali. Dengan topping kaviar dan lobster serta Louis XIII Remy Martin cognac (sejenis arak). Diameternya ialah 20cm. Nasib baik ada letak arak, tak payahla aku susah-susah cari...hoho

Yang kesembilan ialah Omelet dari restoran Le Parker Meridien di New York. Telur dadar ni berharga RM3500 sebab dibuat daripada 10 auns kaviar sevruga, udang, dan enam telur biasa.

Yang kesepuluh ialah pencuci mulut yang berharga RM3500. Ia terdiri daripada 5 sudu Tahitian vanilla bean ice cream, vanilla Madagascar, 23K daun emas yang boleh dimakan dan salah satu coklat yang paling mahal di dunia iaitu Amedei Porceleana.

Yang kesebelas ialah Chocopologie yang dibuat oleh Knipschildt. Berharga RM8000 setiap paun. Ini ialah coklat truffle buatan tangan. Hanya ada bila ditempah. Mengandungi truffle hitam dan 70% koko Valrhona.

Yang ke-12 ialah Kopi Luwak. Kopi ni berasal dari pulau Sumatera di Indonesia dan jumlah pengeluaran tahunan hanya sekitar 500 kilogram. Sebab tu harganya satu paun pun dah mencecah RM900.

Yang ke-13 ialah Teh hijau Cina yang dipanggil Tieguanyin. Harganya ialah RM45 untuk satu cawan.

Bila tengok harga sume bende kat atas ni, aku jadi nak pitam. Arghhhh....!







0 comments:
Post a Comment