RSS
Powered By Blogger

Beijing-Shanghai high speed railway

Lagi cerita sal negara China. Nape asyik China je aek? dyorg oosem sgt ke? tapi cite ni memg oosem...hoho

Pada 11 mei lalu, China telah memulakan operasi ketapi berkelajuan tinggi mereka. Dikatakan, kelajuan train ni boleh mencapai sehingga 300 kilometer sejam (186 mph). Itupun selepas di-tune dari kelajuan asalnya 350 kilometer sejam (217 mph) sebab persoalan mengenai keselamatan dibangkitkan.

Jumlah panjang landasannya setakat ni ialah 1318 kilometer (813 batu). Mengikut perancangan, China akan menambah panjang landasannya kepada 8000 batu (13000 km) menjelang akhir tahun ini dan dua kali ganda panjangnya menjelang tahun 2020.

Jangka masa yang diambil untuk satu trip penuh ialah lima jam berbanding dengan ktm yang bertolak dari selatan Johor ke utara Perlis dengan jarak lebih kurang 900 km yang mengambil masa selama hampir 24 jam.  Harga tiketnya dari 179 yuan (RM83.60) hingga 730 yuan (RM340.90) bergantung kepada kelajuan train yang dinaiki dan kelasnya. Rasenye macam xmampu den nk menaikinya, tp lau nek ktm dari Johor ke Perlis pun lebih kurang RM70, hmmm, ok kot...=S

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: