RSS
Powered By Blogger

Jodoh




Sesekali terdengar di telinga yang orang mengatakan, jodoh tak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Sesetengah yang lain pulak mengatakan kita kena berusaha mencari jodoh. Mana satu yang betul?

Berbaliklah pada syara', kepada apa yang kita sebagai muslim pegang. 'Jodoh pertemuan di tangan TUHAN'. Jadi tak kiralah kita cari atau tunggu, kalau Allah dah tetapkan jodoh untuk kita, dapatlah kita nanti. Tapi kita kena ingat, sesuatu yang baik itu tidak akan datang bergolek. Kita akan dapat yang baik selaras dengan apa yang kita usahakan. Itulah hakikat 'pembalasan' di mana ganjaran yang kita dapat bergantung pada usaha dan apa yang kita kerjakan.

Sesekali juga kita dengar, masa jumpa jodoh, seseorang itu akan katakan, 'dah jodoh...'. Tapi tak lama lepas tu, bila dah tak sepahaman, seseorang itu akan katakan, 'dah tak ada jodoh, nak buat macam mana...'. Pelik tak dengan dua ungkapan yang berbeza mengenai jodoh yang selalu manusia ucapkan.

Sebenarnya jodoh ni siapa yang tentukan? Semestinya Allah. Jadi kalau tak ada jodoh pula siapa yang tentukan? Allah ke? Kenapa sesuatu pasangan tu mengatakan mereka ada jodoh di awal perkahwinan dan apabila bercerai mereka katakan tiada jodoh? Semua ni ketentuan Allah ke?

Bila difikir-fikir dan diperhatikan, teringat beberapa firman Allah yang boleh dikaitkan dengan permasalahan ni. Pertama sekali, Allah membenci penceraian walaupun ia halal. Betul tak? Ini bermakna, soal penceraian bukan Allah yang tentukan seperti jodoh. Pernah tak kita dengar lagi 'kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini ialah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri'? Jadi, masihkah Allah yang tentukan soal kerosakan hubungan ini?

Pada pendapat saya, Allah memang dah tentukan setiap saat takdir kita untuk hidup di muka bumi termasuk soal jodoh semenjak kita di alam rahim lagi. Semenjak kita berikrar kepadanya bahawa 'sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah untuk yang Maha Esa'. Tak kiralah Allah tentukan jodoh kita satu, dua atau lebih. Tapi Allah tidak akan pernah menentukan takdir yang buruk bagi setiap hambanya kerana tujuan Allah menciptakan manusia dan makhluk-makhluk lain hanyalah untuk beribadah kepadanya. Terjadinya sesuatu yang buruk adalah disebabkan manusia itu sendiri yang salah membuat pilihan dalam kehidupannya.

Begitulah juga soal jodoh dan penceraian, Allah tentukan siapa jodoh kita, kita jumpa jodoh kita, kemudia terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mengemudi bahtera rumahtangga kita. Kalau runtuh, maka ia adalah silap kita sendiri, bukan masalah 'tiada jodoh'.

Kita sebagai manusia dan lebih-lebih lagi muslim, kita harus percaya bahawa Allah dah tentukan yang terbaik yang boleh mententeramkan kita. Apa yang kita perlu buat adalah belajar mengenai perhubungan, beriman dan beramal dengannya. Kita mesti ada rasa syukur dan sabar dengan setiap apa yang kita dapat. Bila kita bersyukur, nescaya kita tidak akan meminta yang lebih dari itu. Siapalah kita untuk meminta lebih dari apa yang Allah dah beri, malahan kita kena bersyukur daripada tak dapat nikmat itu. Bersabar pula perlu kerana dalam melayari bahtera hidup, akan datang pelbagai dugaan sebagai tanda ujian keimanan kita kepadanya.

Ingatlah, sejahat mana pun kita, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita adalah hambanya. Kita hidup disebabkan Dia, kita menumpang di atas bumi ciptaanNya, kita bernyawa disebabkan roh dan anggota yang dipinjam dariNya. Kita sebagai hambaNya, jangan sesekali menjauhkan diri dariNya apatah lagi menyekutukanNya. Adanya kita tak bermakna apa-apa jika kita tidak menyembahNya. Menyembah Dia, Allah, Tuhan yang satu.

Wallahua'lam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

haziq said...

wow.. nice.. bgus2.. lg brsmangt aku nk cri awek ni.. hoho..