Gambar hari ini...






Faham tak gambar yang last ni. Cube korang peratikan, si bapak pakai baju jalur menegak, mak jalur melintang, dapat kat anak jadi petak. Sebab ape? ni rumusnya: melintang+menegak=petak...hoho
Plain White T's - 1, 2, 3, 4
Lagu yang Syasya dedicate untuk aku, eh emm...sebab laki yang nyanyi, so aku nak dedicate ntuk dia...hoho
Yang ni pulak versi subtitle
Virtual grocery at train station in Korea
Menurut Home Plus atau lebih dikenali sebagai Tesco, Korea merupakan negara kedua yang mempunyai rakyat yang workaholic. So, bagi diorang, membeli-belah di pasaraya merupakan samtin yang sangat kritikal. Home Plus come up dengan idea virtual grocery di mana Home Plus akan letakkan gambar-gambar barang grocery di ruang yang biasanya untuk iklan kat stesen train. Sambil-sambil penumpang tunggu train, diorang bole order apa-apa barang keperluan rumah kat papan iklan tersebut yang dah dilengkapi dengan bar kod. Caranya ialah dengan pembeli ambil gambar barang-barang yang dikehendaki, kemudian pembayaran dibuat secara online. Bile pembayaran dah dibuat, barang-barang akan dihantar terus ke depan pintu umah. Wow, senang betul. Tapi harganya mesti mahal dari yang biasa.
1930 Art Deco Henderson
Moto ni serius cool. Lagi-lagi lau bini dok kat belakang...hoho. Tapi nampak macam untuk sorang je. Takpe-takpe, le adjust..
Tempat yang teruja untuk dilawati
Baru-baru ni aku ada jumpa tempat yang menakjubkan untuk dilawati. Bila tengok gambar-gambar tu, fuhhh...aku sujud syukur lau dapat pergi tempat-tempat camtu. Cantiknya masyaAllah.
Cermin mata di masa hadapan
Kat atas ni merupakan gambar cermin mata yang bakal wujud di masa hadapan. Kalau kite tengok gambar kat atas ni, kat bucu atas cermin mata tu akan ada kamera untuk merakam imej sebelum ia diterjemah ke cermin dengan menggunakan lampu LED. So, maybe kamera vga xsesuai kot untuk cermin mata ni. Bukan setakat tu je, cermin mata ni pun bakal dilengkapi dengan perisian seperti face detection, tracking sofware, position detector dan mungkin perisian untuk mengukur. Yela, mane tau lau kite tengok sesebuah bangunan tu, kite nak tau berapa tinggi bangunan tu. Nanti cermin mata tu bagitau la. Tapi yang pastinya, ia tak boleh kira betapa tingginya langit. Semua ni masih dalam penyelidikan para penyelidik di Oxford. Bagi aku, cermin mata sekarang ni pun yang biasa-biasa dah mencecah ratusan ringgit, apatahlagi lau wujud benda kat atas ni. Entah-entah same harga ngan kamera DSLR acak.
Bangunan silang kata
Korang pernah main silang kata kan. Bese kite main silang kata kat atas kertas. Yang paling kerap aku tengok buat silang kata, akhbar Malaysia. Pah ceroh ada silang kata. Kat Ukraine, diorang pun ada buat silang kata yang semua rakyat dia bole main.
Penduduk bandar Lvov di Ukraine bercadang untuk menambah seni pada bangunan-bangunan yang ada di situ dengan harapan pelancong atau pengunjung yang datang akan lebih tertarik untuk ke sana. Seorang jurutera binaan mendapat idea dan menambah teka-teki silang kata di dinding sebuah bangunan yang dahulunya kosong dan nampak suram. Baliau telah membuat teka-teki silang kata berukuran 100 kaki (30 meter) tinggi.
Apa yang menarik tentang bende ni, ia kelihatan seperti teka-teki kosong tem siang, tapi bila malam, bila lampu hitam khas dihidupkan, huruf-huruf yang dah diisi dalam teka-teki tu akan muncul macam glow in the dark la katakan.
Game yang susah untuk dimain
Cuba korang main game ni. Game ni simple tapi, masyaAllah...susah nak pas.
Resolution kat blog ni kecik. Clik sini untuk main.
Sikit penerangan. Korang ialah kotak merah. Benda bulat biru dalam gambar kat atas tu akan bergerak ke atas dan ke bawah. Korang tak bole langgar bola biru tu. Untuk lepas, korang kene lalukan kotak merah sampai ke hujung yang satu lagi dengan menyentuh bola kuning kat tengah2 tu. Gud luck.
Bunga burung kakak tua
Dalam banyak-banyak jenis bunga yang ada dalam dunia ni, terdapat beberapa spesis yang betul-betul rare n protected. Macam bunga burung kakak tua ni. Bunga ni hanya terdapat di Thailand dan dilindungi di bawah akta pemeliharaan tumbuh-tumbuhan Thailand...hehe, tak taula betul ke tak akta tu. Tapi ia memang protected spesis.
Makanan termahal di dunia
Makanan apa yang paling mahal yang korang pernah makan? starbucks? baskin robbins? ke tutti frutti? ...hoho. Semua ni aku tak pernah makan memandangkan takda keperluan pun untuk makan benda-benda camtu. Tapi korang nak tau apa makanan yang paling mahal di dunia setakat ni? Aku ada jumpa. Tapi yang aku takkan makan benda-benda ni sume. Baik aku suruh syasya masak lagi best...hoho













Bila tengok harga sume bende kat atas ni, aku jadi nak pitam. Arghhhh....!















































